Kadangkala,kita mengambil ringan isu kebersihan dengan hanya mengambil kira kebersihan luaran atau hanya berdasarkan apa yang dilihat oleh mata kasar.
Tidak ramai yang mengambil tahu tentang fakta bahawa kebersihan merupakan antara aspek terpenting dalam Islam.
Kepentingan menjaga kebersihan dengan bersuci sebersih-bersihnya adalah sesuatu yang patut dilakukan oleh setiap insan dengan sebaik mungkin kerana ia adalah antara syarat sah solat.
Surah al-Anfal, ayat 11 yang bermaksud :
" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya... "
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
" Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan "
Bersuci atau Taharah boleh didefinisikan sebagai suci dan bersih dari segi bahasa. Manakala dari segi syarak adalah suci dan bersih daripada najis atau hadas.
Taharah bertujuan bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah lain dengan sempurna.
Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .
Syarat wajib taharah ialah :
- Islam
- Berakal
- Baligh
- Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).
- Tidak lupa
- Tidak dipaksa
- Berhenti darah haid dan nifas
- Ada air atau debu tanah yang suci.
- Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.
|
Maksudnya :
"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "
Antara alat-alat bersuci pula ialah :
- Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa bahagian:
- Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air embun.
- Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air perigi, air sungai dan air laut.
- Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu.
|
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub), terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau dalam bermusafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. ”
(Surah Al-Nisa’, 4:43)
Rujukan Kitab :
1) Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani
2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .
3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi .
4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H.
Maklumat lanjut mengenai Taharah/Bersuci
Perbincangan Bersama :)
1.Jika seseorang itu selepas mengerjakan solat, ia ternampak najis di pakaiannya; adakah wajib ia mengulangi solatnya?
2.Bagaimana cara menyucikan tanah yang dikenai najis?
3.Adakah harus tanah digantikan dengan sabun atau bahan pencuci lain?
Pilh mana yang betul :)
1.Apakah syarat wajib Taharah ?
a.Islam
b.Gila
c.Mumayyiz
d.Nyanyuk
2.Apakah hukum bersuci ?
a.Haram
b.Harus
c.Wajib
d.Sunat
Tuhanku+Agamaku+Diriku+Keluargaku = Kesempurnaanku
yg penting bersih luar dan dlm...
ReplyDeletesucilah dirimu dengan berwuduk yang sempurna dan diterima amalannya oleh Allah swt
DeleteBERSIH KAN SEBAHGIAN DARI IMAN
DeleteinsyaAllah...aminn...
ReplyDeletebersih belum tentu suci....namun suci sudah pasti bersih...
ReplyDeletepastikan ianya bertul2 suci dan bersih...
ReplyDeletesalam...harap gunakan warna yang sesuai agar mudah dibaca...terima kasih....
Deleteustaz ....apa hukumnya klu org hendak melakukan solat tetapi mereka tidak bersuci dengan bersih?
Deletekebersihan salah satu cabang iman. sama-samalah kita menjaganya dengan taqwa iaitu zahir dan batin
ReplyDeleteBlog banyak pengisian terutamanya beri penekanan tentang kebersihan samada dalam solat atau di luar solat.
Deleteterima kasih atas pandangan.
ReplyDeleteilmiah yang berguna tq..
Deleteterima kasih see you.
ReplyDelete