Friday 10 February 2012

Bersih itu sebahagian daripada Iman

Assalamualaikum.


Kadangkala,kita mengambil ringan isu kebersihan dengan hanya mengambil kira kebersihan luaran atau hanya berdasarkan apa yang dilihat oleh mata kasar.


Tidak ramai yang mengambil tahu tentang fakta bahawa kebersihan merupakan antara aspek terpenting dalam Islam.


Kepentingan menjaga kebersihan dengan bersuci sebersih-bersihnya adalah sesuatu yang patut dilakukan oleh setiap insan dengan sebaik mungkin kerana ia adalah antara syarat sah solat.




Surah al-Anfal, ayat 11 yang bermaksud :
" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya... "
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
" Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan "




Bersuci atau Taharah boleh didefinisikan sebagai suci dan bersih dari segi bahasa. Manakala dari segi syarak adalah suci dan bersih daripada najis atau hadas.


Taharah bertujuan bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah lain dengan sempurna.


Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .


Syarat wajib taharah ialah :




  • Islam
  • Berakal
  • Baligh
  • Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).
  • Tidak lupa
  • Tidak dipaksa
  • Berhenti darah haid dan nifas
  • Ada air atau debu tanah yang suci.
  • Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.







025.048 وَهُوَ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا

Maksudnya :
"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "



Antara alat-alat bersuci pula ialah :







004.043 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَقْرَبُوا الصَّلاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلا جُنُبًا إِلا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub), terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau dalam bermusafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. ” 
(Surah Al-Nisa’, 4:43)
Rujukan Kitab :
1) Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani
2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .
3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi .
4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H.



Maklumat lanjut mengenai Taharah/Bersuci


Perbincangan Bersama :)


1.Jika seseorang itu selepas mengerjakan solat, ia ternampak najis di pakaiannya; adakah wajib ia mengulangi solatnya?
2.Bagaimana cara menyucikan tanah yang dikenai najis?
3.Adakah harus tanah digantikan dengan sabun atau bahan pencuci lain?


Pilh mana yang betul :)


1.Apakah syarat wajib Taharah ?
a.Islam
b.Gila
c.Mumayyiz
d.Nyanyuk


2.Apakah hukum bersuci ?
a.Haram
b.Harus
c.Wajib
d.Sunat




Tuhanku+Agamaku+Diriku+Keluargaku = Kesempurnaanku

Friday 3 February 2012

Exhausterism

Assalamualaikum.

Sememangnya tidak dapat dinafikan yang tiada insan di dunia ini yang tidak pernah merasakan penat dalam kehidupan sehariannya.

Sedangkan anak kecil yang berlari-lari anak pun akan tercungap kepenatan,inikan pula diriku yang telah pun melewati suku dari abad kehidupanku di dunia.

Kepenatan menjalani rutin seharianku.
Untuk keluarga,diriku dan yang paling penting kepenatanku ini berbaloi kerna setiap apa yang diriku lakukan adalah untukNya.

Tuhanku+Agamaku+Diriku+Keluargaku = Kesempurnaanku

Wednesday 1 February 2012

Terkejut


Assalamualaikum.

Terkejut!
Sebab ini post kedua.
Salah sama sekali. ;)

Sebab diriku menjadi saksi atas kelajuan bumi berputar.
Terlalu berbeza keadaan sekarang ini berbanding zaman remaja ku dahulu.

Sama ada bumi ini yang berputar terlalu laju atau diriku yang terlalu perlahan.
Mungkin diriku ini yang semakin perlahan dengan usia umur yang semakin hampir dengannya.
Biarpun diriku ini perlahan,tetapi sekurang-kurangnya aku menilai dunia ini melalui jalan yang lurus.
Kerna diriku ini hanya si lurus bendul yang menilai segalanya berdasarkan 2 tinggalan junjungan kesayanganku.

Allahumma solli ala Muhammad. :)




























Tuhanku+Agamaku+Diriku+Keluargaku = Kesempurnaanku

Saturday 31 December 2011

Pengenalan

Ini blog pertama saya. Selamat membaca. :)

Tujuan saya mewujudkan blog ini adalah untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya tahu semenjak hidup di dunia ini.

Kebanyakkan dinilai melalui kaca mata dari pandangan yang lurus.

Semoga sedikit ilmu dan mungkin juga coretan yang bakal diceritakan akan dapat dimanfaatkan buat pembaca bersama.